Am Anugerah Industri Muzik ke-23

Anugerah Industri Muzik (AIM) kembali dianjurkan selepas lima tahun menyepi akibat masalah kewangan dan tajaan. Anugerah pada kali ini mempertandingkan sebanyak 21 kategori anugerah termasuk dua kategori baharu; ‘Lagu Cina Tempatan Terbaik’ dan ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ dalam kategori anugerah utama. ‘Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan oleh Artis Asing’ juga telah mengembalikan semula pada edisi kali ini. Namun begitu, kategori ‘Lagu India Tempatan Terbaik’ terpaksa digugurkan disebabkan tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan. Jumlah penyertaan edisi kali ini membuktikan industri muzik tempatan tetap berada dalam keadaan baik selepas fasa pandemik.

Dayang Nurfaizah yang mengungguli senarai pencalonan dengan 6 pencalonan dan mendominasi hampir kesemua kategori utama menerusi album Belagu bagi dua kategori iaitu Rakaman Album Terbaik dan Kulit Single/Album Terbaik, serta dua kategori lain dalam Rakaman Lagu Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu menerusi lagu ‘Tudung Periuk’ dan ‘Malam Ku Bermimpi’, diikuti oleh penyanyi Ernie Zakri dan Yonnyboii masing-masing dengan 4 pencalonan. Persaingan sengit boleh dilihat dalam senarai pencalonan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki Dan Wanita) yang membariskan nama-nama besar di dalam industri muzik tanahair.